Khamis, 26 Mac 2015

Fakta atau Auta

'Fakta atau Auta'

Results 1 to 8 of 8

  1. #1[1]

    Fakta atau Auta

    Nak Tahu Kenapa 'Spender' Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak?[2]


    Kenapa 'Spender' Lelaki Dijual Dalam Kotak?



    Kenapa seluar dalam lelaki biasanya dijual dalam kotak sedangkan panties perempuan pulak selalunya dijual longgok, berlipat atau bergantung?

    Hurmm… kenape ye??

    Korang nak tau??

    Boleh tengok jawapannyer tat bawah….

    'First' kita tengok macam mana orang perempuan memilih seluar dalam:




    Sekarang kita tengok pulak macam mana orang lelaki memilih seluar dalam:


    So, tu lah jawapannya… Hehehe…



    betol jgak kan??

    -JOM layan Forum Syok.org-




  2. #2[3]

    Betul sngt2…

    wahahaa.



  3. #3[4]

    ezri impish is offline

    Member


    Join Date

    Jul 2009

    Posts

    88

    Post Thanks / Like

    Thanks (Given)

    0

    Thanks (Received)

    0

    Likes (Given)

    70

    Likes (Received)

    4

    Dislikes (Given)

    17

    Dislikes (Received)

    0

    cool man



  4. #4[5]

    ke ade spender wanita kt dlm kotak?…aqu xpnah npk,sbb aqu x g bhagian wanita..

    -JOM layan Forum Syok.org-



  5. #5[6]

    haha..tepat skali.laki main sauk je..xdenye nk pilih2.

    ~makan dipinggan, minum dicawan~



  6. #6[7]

    spender pompuan bukan semuanye brselerak ade yg cam 3 RM10 tu.. <– bajet2 tau je




  7. #7[8]

    seiryu_lucifer is offline

    Senior Member


    Join Date

    Oct 2009

    Posts

    700

    Post Thanks / Like

    Thanks (Given)

    5

    Thanks (Received)

    2

    Likes (Given)

    10

    Likes (Received)

    4

    Dislikes (Given)

    0

    Dislikes (Received)

    0

    lelaki nye spender pakai kasik wat jadi sangkar….klo pompuan pilih2 spender niat nak bg sapa nampak? alaalaaa haiii xberbaloi hehehe




  8. #8[9]

    ggagagagagaga



Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  

All times are GMT +8. The time now is 01:50 PM.

References

  1. ^ #1 (www.syok.org)
  2. ^ Nak Tahu Kenapa 'Spender' Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak? (tranformasisemasa.blogspot.com)
  3. ^ #2 (www.syok.org)
  4. ^ #3 (www.syok.org)
  5. ^ #4 (www.syok.org)
  6. ^ #5 (www.syok.org)
  7. ^ #6 (www.syok.org)
  8. ^ #7 (www.syok.org)
  9. ^ #8 (www.syok.org)
  10. ^ Forum Rules (www.syok.org)
LikeTweet

Ubat Demam Denggi Terbaik : Ketam Nipah

'Ubat Demam Denggi Terbaik : Ketam Nipah'

Sejak akhir-akhir ini,  ramai antara rakan-rakan MrJocko terkena sindrom demam berpanjangan, muntah-muntah dan akhirnya di sahkan mengidap demam denggi. Dan kita sedia maklum, demam denggi antara gejala yang memang kritikal dan antara gejala yang mempunyai masalah dalam mencari ubat berkesan dan penyembuhan.


Yang biasa MrJocko dengar dari rakan-rakan dan yang sudah mencuba, ada beberapa ubat mujarab untuk gejala demam denggi ini termasuk Sup Ketam Nipah, Jus Daun Betik dan juga minuman Isotonik 100 Plus.


Bercerita tentang Ketam Nipah, di Prachuap Khiri Khan dan di pantai sekitar Hua Hin, Thaialnd, ada banyak dijual ketam nipah ini dengan saiz yang besar dan sangat murah berbanding Kuala Lumpur. Lagipun ketam nipah di sini memang segar dan besar.


Kami pernah review Maggi Ketam Nipah di Bucida Court, Sungai Penchala

ubat_demam_denggi_terbaik



ubat_demam_denggi_terbaik

Pengalaman menikmati ketam nipah segar di Prachuap Khiri Khan ini memang terbaik. Walaupun ketam jenis ini cukup kalau direbus biasa dan dicicah dengan sos, ia masih lagi sedap kerana isinya yang manis dan segar.


Untuk anda yang mengalami sindrom demam denggi, seelokkan mencuba makan SUP KETAM NIPAH ini sebanyak mungkin untuk menambah kekuatan platelet darah untuk melawan denggi. Setakat ini MrJocko pernah lihat saudara yang terkena penyakit demam denggi ini cepat recover dari demam selepas memakan sup Ketam Nipah.


Jadi, kalau ada rakan bertanya, apa ubat terbaik untuk demam denggi, MrJocko akan syorkan minum sup ketam nipah. Kalau nak lebih selera, boleh beli menu Ketam Nipah di Maggi Ketam Nipah Bucida Court, Sungai Penchala.



LikeTweet

Sang Thai Seafood : Restoran Tepi Pantai Terbaik Di Hua Hin

'Sang Thai Seafood : Restoran Tepi Pantai Terbaik Di Hua Hin'

Makanan laut adalah antara tarikan utama pelancong kalau ke Hua Hin, di Wilayah Prachuap Khiri Khan. Memandangkan kawasan ini adalah kawasan tepi pantai menghadap Laut China Selatan yang memang banyak hasil laut, menu seafood menjadi pilihan utama di sini. Kalau ke Hua Hin, mesti la cuba makan makanan laut seperti ikan siakap, kerapu, ketam, udang, sotong, oyster, lobster dan macam-macam lagi.


Antara restoran makanan laut yang terkenal ialah Sang Thai Seafood, yang terletak betul-betul di persisir pantai dan jeti nelayan. Kawasan ini memang ada banyak restoran-restoran makanan laut lain, tetapi pihak Tourism Thailand mencadangkan kami singgah makan di Sang Thai Seafood.






Kawasan makan di Sang Thai Seafood ini boleh dikatakan agak besar dan boleh memuatkan hampir 300 orang dan mempunyai ruang parkir yang besar, boleh menempatkan banyak kenderaan. Anda boleh memilih untuk duduk di dalam atau luar tepi persisir pantai untuk pengalaman makan malam terbaik di Sang Tahi Seafood. Rezeki kami, dapat meja betul-betul di tepi persisir pantai Hua Hin untuk makan malam di sini.





Sang_Thai_Seafood



Sang_Thai_Seafood

Malam pertama di Hua Hin, kami mencuba menu Ikan Siakap Goreng, Ketam Goreng Kari, Telur Ayam Goreng Kerang, Lala Goreng dan juga Tomyam Goong yang memang sedap. Tak ketinggalan, kerabu mangga.


Kalau anda tengok pun mungkin anda akan nampak rasa menu makanan laut ini yang sedap, apatah lagi peluang MrJocko untuk merasai sendiri menu makanan laut ini di Sang Thai Seafood Hua Hin.





Ternyata, merasai makan malam di Sang Thai Seafood dengan menu makanan laut yang segar sangat berbaloi. Jika lokasi ini menjadi tumpuan warga Bangkok untuk datang setiap hujung minggu, ia memang berbaloi untuk apa yang mereka bayar.


Ini adalah kerana di restoran seafood Hua Hin ada banyak pilihan menu makanan laut dan pelbagai cara masak yang sememangnya sedap-sedap belaka. Yang lebih utama, harga menu makanan laut di sini murah berbanding Bangkok dan murah berbanding Kuala Lumpur.


Kalau anda ke Hua Hin, jangan lupa singgah makan makanan laut di restoran tepi pantai Hua Hin ini yang terletak di Fishing Pier, Hua Hin 77110, Thailand.



Sang_Thai_Seafood



LikeTweet

Apabila Suami Tak Romantik Lagi

'Apabila Suami Tak Romantik Lagi'

Biasanya kita dengar suami mengeluh kerana isterinya tak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak. Dengan alasan tersebut mereka akan mencari orang ketiga untuk mengisi kekosongan di hati.

hj

KITA BACA KISAH DI BAWAH

''Saya nak tanya pembaca semua jika keadaan terbalik, suami pulak tidak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak, apakah patut si isteri mencari pengganti baru atau kekasih untuk mengisi kekosongan di hati?'' Demikian pertanyaan Norjaslina dalam emelnya kepada penulis.

''Suami sering menyalahkan isteri tak romantik, tak pandai layan suami, tak tahu bersolek, badan berbau, pakaian di rumah buruk. Semua masalah itu menjadi punca mereka cari kekasih. Tetapi pada saya suami juga teruk perangai serta busuknya bau badan mereka.

''Macam suami saya, sejak mula bercinta macam nak matilah kita raikan hari lahirnya, dia haram tak pernah ingat hari lahir saya. Alasannya terlupa. Waktu bercinta apa juga alasannya saya terima. Kerana sayang konon.

''Tetapi sekarang dah lebih 10 tahun berkahwin, alasannya masih sama juga. Percaya tak kalau saya katakan dia tak pernah belikan saya hadiah langsung untuk hari lahir saya. Bila saya tanya dia kata buat apa membazirkan duit.

''Suami saya Fikri ni bukan setakat lupakan hari lahir saya, ulang tahun perkahwinan pun dia tak pernah ingat. Bila saya tanya tak ada kad ke dia kata, ''Buat apa beli kad mulut ada ucaplah sendiri!'' ''Sekarang saya nak dengar ucapan dari mulut abang!'' Dia kata, ''awak dah ingat tu kira samalah tu'' Aduh sakitnya hati.

Begitulah hati dan perasaan Fikri sejak dari mula kami kahwin hinggalah sekarang. Agaknya kalau panjang jodoh kami sampai saya mati pun dia tak akan belikan alasannya terlupa.

''Biasanya tiap-tiap tahun saya akan ajak dia makan kat luar atau saya masak special untuk raikan ulang tahun perkahwinan kami, dia boleh tanya: ''Buat apa makan kat luar. Saya pulak terpaksa bagi tahu hari ini ulang tahun perkahwinan kita.

ISTIMEWA

''Hairannya bila saya raikan hari lahirnya dia tak kata pun membazir bila saya beri dia hadiah istimewa. Dia kata terima kasih. Senyum sampai telinga.

''Sekarang bila anak-anak dah besar bila saya ingatkan dia hari lahir saya, maka dia akan panggil anak-anak suruh nyanyi lagu selamat ulang tahun. Lepas tu dia akan buat ucapan menyakitkan hati saya, ''dah semakin tua you sekarang ya''.

''Bila saya tanya mana hadiah dia akan membebel, tak ada duit. Kalau saya minta hadiah juga dia akan hulur duit RM30 atau RM50. ''Hah awak ambillah duit ni belilah hadiah apa awak suka.

''Saya bukanlah romantik sangat, tetapi saya akan periksa apa keperluannya, sama ada dia perlu baju baru, tali leher, pewangi, kasut atau apa sahaja yang dia suka. Bila dapat hadiah senyum sampai telinga.

''Tapi kalau raikan hari lahir saya dan anak-anak dia mula kata membazir. Bukan saya buat minta duit dia. Tambah pelik dia tak pernah ingat hari lahir anak-anak apa lagi saya. Agaknya dia kedekut, takut kami minta belikan hadiah.

''Mulai tahun ini saya dah buat keputusan muktamad, saya tak akan raikan hari lahir Fikri lagi, kerana dia tak pernah ingat hari lahir saya atau ulang tahun perkahwinan kami. Tapi untuk anak-anak saya akan tetap raikan, bukan nak buat parti besar-besaran, cukup sekadar kami anak beranak.

Pada saya meraikan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan adalah untuk menimbulkan rasa ceria dan gembira dalam keluarga.

''Kesan daripada tindakan saya tidak meraikan hari-hari yang bermakna ini mungkin perasaan kasih sayang antara kami semakin jauh, cinta kami semakin hambar dan jiwa saya semakin kosong. Jadi apa lagi yang tinggal kalau jiwa dah hambar dan tidak menggembirakan lagi?

''Kebanyakan suami berfikiran apabila sudah jadi isterinya sama ada suka atau tidak wanita itu akan terus jadi isterinya. Jadi tak payahlah nak jaga hati dan perasaan isteri. Pada saya itu satu perangai buruk suami tak tahu menilai dan menjaga hati isteri.

''Satu lagi perangai buruknya tak suka kalau kawan atau jiran kita datang ke rumah dia akan tunjukkan perangai buruk menengking dan memarahkan anak-anak dengan suara amat kasar depan tetamu.

''Tujuannya supaya kawan saya segera balik, jadi tak dapatlah saya nak berbual dengan tetamu. Pernah Fikri kata kawan pejabat habis kat pejabat, jiran cukup sekadar bertanya khabar bukan nak datang ke rumah mengganggu aja. Itulah perangai buruknya membuat jiwa saya lebih tertekan .

''Sebenarnya banyak lagi perkara buruk yang dilakukannya yang membuat jiwa saya tertekan. Hingga sampai satu peringkat saya fikir lebih baik saya tak ada suami, namun untuk menjadi ibu tunggal dengan 3 orang anak bukan mudah, sebab itu saya terpaksa sabar dengan perangai buruknya. Tapi sampai bila saya mesti sabar?''

Demikian cerita Norjaslina panjang lebar tentang masalah yang dihadapi.

Namun apabila berdepan dengan suami seperti ini, peranan isteri amat penting, cuba cari dan fikirkan perangai baik yang tersembunyi dalam diri suami anda yang perlu anda beri pujian, lama kelamaan mungkin dia boleh berubah, semoga anda terlepas daripada tekanan yang menyiksa jiwa.

Sumber: Utusan

Google Tag Search Result:

LikeTweet

Pesanan Orang Tua-Tua Untuk ISTERI

'Pesanan Orang Tua-Tua Untuk ISTERI'


1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.

2. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian ditinggalkan.

3. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.

4. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.

5. Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.

Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, InsyaAllah rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia.

Kredit: http://www.facebook.com/note.php?note_id=137234029664759&id=146099785405321

References

  1. ^ (hamil.mustaffa.org)
  2. ^ Artikel (hamil.mustaffa.org)
  3. ^ PENGIKLANAN (hamil.mustaffa.org)
LikeTweet

Adakah Poligami Punca Kanser Pangkal Rahim?

'Adakah Poligami Punca Kanser Pangkal Rahim?'


KUALA TERENGGANU, 14 Feb (Bernama) — Amalan berpoligami adalah antara penyumbang kepada kanser pangkal rahim di kalangan wanita berikutan sikap segelintir suami mengabaikan kebersihan diri.

Pakar Perubatan Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Marang Dr Suhazeli Abdullah berkata ada isteri-isteri yang mengalami penyakit pembunuh senyap itu, menderita setelah dijangkiti virus daripada lelaki yang berpoligami atau lelaki yang melakukan hubungan seks rambang.

"Kebersihan itu sangat penting bagi lelaki yang berpoligami bagi mencegah kanser pangkal rahim terhadap isteri mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah 'Penyakit Alaf Baru Pembunuh Senyap' anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melibatkan 200 pelajar dan kakitangan UMT di sini hari ini.

Dr Suhazeli berkata sebagai langkah awal bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim, Kementerian Kesihatan menggalakkan semua pelajar perempuan tingkatan satu dan dua mengambil suntikan Human Papillomavirus (HPV).

Dr Suhazeli berkata pelajar-pelajar itu perlu mengambil suntikan sebanyak tiga dos untuk sepanjang hayat bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim.

"Ada juga ibubapa tidak membenarkan anak mereka disuntik dengan HPV kerana berpendapat anak mereka bukan berperangai liar.

"Pengambilan suntikan HPV adalah digalakkan, sebagai langkah pencegahan kerana kita tidak tahu lebih dekat mengenai gaya hidup anak kita. Bagaimanapun pengambilan HPV bukanlah lesen untuk mereka lebih bebas bergaul," katanya.

Beliau berkata vaksin ini juga boleh didapati di klinik-klinik kesihatan dan wanita yang inginkan vaksin HPV boleh mendapatkannya di klinik-klinik berkenaan sebagai langkah pencegahan. — BERNAMA

Google Tag Search Result:

References

  1. ^ (hamil.mustaffa.org)
  2. ^ Artikel (hamil.mustaffa.org)
  3. ^ PENGIKLANAN (hamil.mustaffa.org)
LikeTweet