TIGA PASANGAN ISLAM BERCERAI SETIAP JAM DI MALAYSIA.
Secara purata terdapat tiga kes perceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di Malaysia.
Menurut Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia, Profesor Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, maklumat tersebut berdasarkan statistic perceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) tahun 2011.
Berikut adalah sebab-sebab utama berlakunya perceraian dalam kalangan pasangan Islam. Ia merupakan hasil kajian Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Tujuh sebab utama berlakunya perceraian ialah:
- 1. Masalah Agama atau Budaya
- 2. Seksual
- 3. Pihak Ketiga
- 4. Suami Atau Isteri Tidak Bertanggungjawab
- 5. Kesihatan
- 6. Isu Sosial atau Akhlak
- 7. Ekonomi
INFO TAMBAHAN:
Rumah tangga tercipta melalui proses penyatuan dan perpaduan. Bersatu sebagai suami dan isteri, dan berpadu dalam ikatan perkahwinan. Ia seharusnya dipertahankan dari sebarang ancaman.
Dalam kebanyakkan kes, ancaman mula singgah apabila usia perkahwinan semakin meningkat. Tika itulah cinta mula terhakis dan saat itu jualah kasih mula terkikis. Jika dibiarkan atau diabaikan, cinta dan kasih yang terhakis dan terkikis tadi, bisa beralih dan berpindah kepada insan yang lain.
Sedaya yang boleh dan sekudrat yang mampu setiap pasangan perlu menyelamatkan rumah tangga yang terbina. Jangan biarkan ia bernoktah, dan bersatu serta berpadulah hingga ke akhir nyawa.
Selanjutnya, lihat juga kisah –>INI[1]. Mungkin ia dapat dijadikan sebagai sekerat tauladan dan secebis pedoman dalam melayari kehidupan berumahtangga.
Eratkan persahabatan, jom like page saya–>Bicara Tanpa Sempadan[2]
References
- ^ INI (www.bicaradariaku.com)
- ^ Bicara Tanpa Sempadan (www.facebook.com)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan