Saya tahu ramai di antara kita yang meminati makanan berupa Steamboat kan? Jenis yang duduk di meja bulat dengan periuk siap dengan api terpasang memasak sendiri lauk-pauk untuk steamboat di dalam kuah sup ataupun kuah steamboat yang sedap.
Oleh itu, anda harus mencuba pergi ke Meru, Klang berhampiran Jalan Kopi untuk mencuba Captain Steamboat yang memang marvellous.
Harganya juga tidaklah mahal, bagi dewasa RM21.90, warga emas melebihi umur 60 tahun RM13.90, kanak-kanak (sekolah rendah) RM9.90 dan kanak-kanak belum bersekolah dan istimewa boleh makan PERCUMA sahaja.
Perniagaan Captain Steamboat bermula seawal pukul 6 petang dan ditutup pada pukul 12 tengah malam.
Di sini, anda ada dua pilihan kuah untuk dinikmati iaitu sup dan Tom Yam. Saya sudah pun menikmati kuah Tom Yamnya yang memang lazat. Berbeza dengan steamboat biasa, di sini anda boleh memasak barbeque sekali di atas ruang membakar atau grill yang disediakan bersama-sama dengan periuk steamboat berkenaan.
Pelbagai bahan untuk dimasak antaranya kambing, daging dan ayam yang sudah diperap ala barbeque dan juga Black Pepper (lada hitam) boleh diambil tanpa had (asalkan jangan membazir) untuk dipanggang dan dimakan.
Ruang buffet untuk para pelanggan mengambil makanan di Captain Steamboat yang memang sesak pada hujung minggu.
Selain daging, ayam dan kambing, anda juga boleh panggang udang dan sotong. Bagi steamboat, bahan-bahan untuk dimasak seperti kita menikmati Yong Tau Fu yang dibeli di pasar malam juga disediakan. Ada juga Nasi Lemak, Bubur Kacang dan Sup Kambing jika ada yang ingin menikmati citarasa berbeza.
Menurut petugas-petugas di Captain Steamboat, anda perlu membuat tempahan seawal dua hari jika mahu menikmati hidangan di sana pada hujung minggu Sabtu dan Ahad kerana biasanya mereka full house. Jika anda hendakkan ketenangan, eloklah anda pergi ke sana pada hari-hari kerja selepas waktu pejabat bersama anak-anak.
Bagi air minuman pula, Captain Steamboat menyediakan pilihan air Sarsi, Soya, Sirap dan air kosong. Turut dihidangkan ialah Kopi dan Teh. Boleh dikatakan, lengkap hidangan bagi peminat Steamboat di Captain Steamboat ini cuma apabila orang yang datang terlalu ramai, laluan antara ruang buffet dan meja makan anda akan menjadi sibuk sehingga tiada ruang untuk bergerak dengan lancar, maklumlah semua pun lapar kan.
Kemudahan surau turut disediakan jika anda datang awal untuk mendapatkan tempat dan kemudian boleh menunaikan Solat Fardhu Maghrib di surau yang selesa.
Bagi anak-anak kecil, turut disediakan ruang permainan tetapi jika terlalu ramai ia agak sempit dan berbahaya untuk anak anda bermain, jadi eloklah perhatikan mereka yang bermain di dalam ruangan itu bimbang jika ada yang tercedera.
Saya memang melihat untuk pergi sekali lagi ke Captain Steamboat di Klang itu kerana pengalaman pertama saya masih belum puas disebabkan orang terlalu ramai. Bagi yang tidak reti memandu ke Klang, gunalah aplikasi Waze dan hanya taip Captain Steamboat di ruangan Navigate, In Sha Allah akan berjumpa.
Untuk tempahan anda boleh menghubungi 019-235 4796, baik call dulu takut nanti tak dapat tempat duduk pulak. – IKA
Komen di Facebook:
References
- ^ 2:09 PM (www.ibnukhusairy.com)
- ^ View all posts by ibnukhusairy (www.ibnukhusairy.com)
- ^ JALAN-JALAN ALAS PERUT (www.ibnukhusairy.com)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan