SEBUAH penjara di Beijing, China mewujudkan sebuah bandar mini di dalam kawasannya untuk memberikan gambaran kepada banduan yang dipenjara lama menyedari bahawa ada pembangunan di dunia luar.
Bandar kecil itu memiliki sebuah pasaraya kecil, kafe internet dan juga sebuah stesen keretapi bawah tanah palsu.
"Projek itu untuk memberikan bantuan gambaran mudah tentang komuniti moden yang kini wujud di luar.
"Banduan dilihat agak sukar menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar dan sekarang mereka diajar bagaimana menggunakan kad ATM bank, telefon bimbit dan juga komputer.
"Kebanyakan dari mereka tidak tahu pun mengenai peralatan sedemikian kerana terlalu lama meringkuk di balik tirai besi," kata seorang warden Liang Chiu memetik Fawan.com
Seorang banduan yang dipenjara selama 15 tahun, Zhang Min berkata agak susah bagi dirinya untuk menggunakan komputer.
Dia agak keliru kenapa orang ramai kini menggunakan komputer untuk membaca berita padahal mereka boleh melakukannya dengan suratkhabar.
- IKA
Komen di Facebook:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan