Jumaat, 22 Mei 2015

Harap PDRM Bertindak Ke Atas Individu Yang Malukan Zamani Slam

'Harap PDRM Bertindak Ke Atas Individu Yang Malukan Zamani Slam'

ZamaniSlam_1

Hari ini rupanya kecoh cerita bekas penyanyi kumpulan Slam, Zamani yang ditahan tetapi disuruh pula menyanyi lagu popular Gerimis Mengundang dalam keadaan tangan bergari. Individu itu lagi best, rakam pulak video dan upload ke media sosial Facebook.

Saya yang juga merupakan seorang peminat Zamani ketika zaman kegemilangan Slam dulu memang tak puas hati dan rasa marah kerana sanggup memperlakukan Zamani sebegitu rupa.

Kita tolak tepi lah kes penyalahgunaan dadah yang dilakukan olehnya kerana itu adalah pilihannya sendiri, tetapi sebagai individu yang bertugas dalam pasukan keselamatan awam negara, macam manalah boleh tergamak buat tindakan sebegitu rupa.

Mungkin dalam diri dia terlalu ingin sangat jadi orang pertama yang memuatnaik video eksklusif nyanyian lunak Zamani dalam keadaan ketika ditahan.


Post[1] by Anak Jati Paroi[2].

Peminat Zamani yang lain-lain hari ini pun melenting dengan tindakan berkenaan yang disifatkan sebagai membuli, menghina dan juga mengaibkan Zamani yang pastinya juga seorang manusia biasa.

Zamani yang tinggal di Taman Keramat, pada tengah malam semalam telah ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang bersama seorang wanita dan khabarnya mereka positif dadah. Zamani positif Morfin manakala wanita itu positif AMP.

Apapun, saya mengucap terima kasih kepada Ketua Polis Negara IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memberi maklumbalas segera dan membuat komitmen akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas ke atas pelaku keji ini.

Jika individu itu merupakan seorang anggota polis, eloklah diambil tindakan yang sewajarnya supaya dia tidak akan mengulangi perbuatannya kepada mana-mana suspek juga selepas ini.

Kita tunggu sahaja tindakan pihak polis selepas ini terhadap orang yang bertanggungjawab memalukan Zamani ketika ditahan.

Selain itu, kita berharap Zamani sendiri akan diberikan penghakiman yang adil dalam kesnya dalam masa yang sama, mungkin berubah menjadi yang lebih baik dan tidak lagi mengambil najis dadah.

Sebenarnya saya sebak apabila mendengar lagu nyayiannya ketika dalam Slam yang banyak dimuatnaik di laman Youtube kerana lagi banyak didengar, lagi banyak maksud tersirat dapat diketahui perihal Zamani sendiri. – IBNUKHUSAIRY.COM

Nyanyian Zamani Dan Mawi – Tidak Mungkin Berpaling



ENTRI DITERBITKAN PADA by ibnukhusairy[6] Dalam BERITA[7][5]


Komen di Facebook:

References

  1. ^ Post (www.facebook.com)
  2. ^ Anak Jati Paroi (www.facebook.com)
  3. ^ @PDRMsia (twitter.com)
  4. ^ January 22, 2015 (twitter.com)
  5. ^ 12:48 PM (www.ibnukhusairy.com)
  6. ^ View all posts by ibnukhusairy (www.ibnukhusairy.com)
  7. ^ BERITA (www.ibnukhusairy.com)
LikeTweet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan