Memandangkan saya ada masa di rumah sepanjang hari ini, jadi saya luangkan sedikit masa itu untuk memasak.
Menu masakan untuk dimakan semasa waktu tengah hari ialah Ikan Siakap Kukus Mayonis yang mudah untuk disediakan dan cepat dimasak.
Jadi, saya rasa nak kongsikan dengan anda cara nak memasak ikan cara sebegini.
Resipi Ikan Siakap Kukus Mayonis
- Seekor Ikan Siakap bersaiz sederhana
- Halia sebesar ibu jari
- Serai 2 batang
- 2 batang Lobak Merah
- Sedikit Cendawan Tiram (jika mahu)
- 5 biji belimbing kecil (yang warna hijau tu)
- 3 biji cili merah
- 2 biji Bawang Besar India
- 3 sudu besar Mayonis
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk Kunyit
- Cuka Epal atau Limau Nipis (cuka epal lebih sedap)
- Sedikit Tepung jagung
Cara Membuatnya
- Perasakan Ikan Siakap anda dengan sedikit garam dan serbuk kunyit (letak serbuk kunyit sedikit demi sedikit untuk dapatkan warna yang anda mahukan).
- Sediakan steamer untuk mengukus ikan.
- Potong Bawang besar-besar dan tumbuk sedikit serai dan halia serta masukkan ke dalam air kukus anda.
- Kukus Ikan Siakap dalam masa kira-kira 15 minit (boleh periksa untuk pastikan ia betul-betul masak).
- Selepas ikan masak, letak di tepi dahulu.
Cara Membuat Kuah Ikan Siakap
- Potong Bawang Besar India secara cincin dan tumiskan.
- Masukkan lobak merah yang dipotong dadu kecil selepas bawang hampir keperangan.
- Masukkan sedikir air dan mayonis
- Biarkan sehingga ia mendidih.
- Kemudian masukkan cendawan dan belimbing kecil
- Biarkan ia mendidih lagi dan letakkan garam secukup rasa.
- Letakkan cuka epal atau perahkan limau nipis (ikut anda lah).
- Larutkan tepung jagung di dalam air suam dan masukkan sedikit demi sedikit untuk memekatkan kuah ikan anda.
- Sila cuba rasa ikut citarasa anda.
Tip : Untuk sedikit kepedasan, anda boleh letakkan cili padi jika mahu.
Kemudian, tuangkan kuah berkenaan ke atas Ikan Siakap dan sedia untuk dimakan.
Bila dah tenang idea pun banyak. Ikan Siakap kukus mayonis untuk lunch. P/S : kamera goyang sikit.. maaf[1]
A video posted by Ibnu K (@ibnukhusairy) on
Rasa masam cuka epal berkenaan memang sedap dan ditambah rasa lemak mayonis yang diletakkan di dalam kuah ikan berkenaan.
Anda juga boleh gunakan ikan lain seperti Ikan Merah atau Ikan Kembong terpulang kepada selera anda pada hari berkenaan.
Selamat mencuba.
- IKA
Komen di Facebook:
References
- ^ Bila dah tenang idea pun banyak. Ikan Siakap kukus mayonis untuk lunch. P/S : kamera goyang sikit.. maaf (instagram.com)
- ^ 5:28 PM (www.ibnukhusairy.com)
- ^ View all posts by ibnukhusairy (www.ibnukhusairy.com)
- ^ JALAN-JALAN ALAS PERUT (www.ibnukhusairy.com)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan