Jumaat, 22 Mei 2015

Si Ayah Umur 77 Tahun MASIH BEKERJA… Anak Anak Pula… (Sediakan Tisu Sebelum Baca) !!!

'Si Ayah Umur 77 Tahun MASIH BEKERJA… Anak Anak Pula… (Sediakan Tisu Sebelum Baca) !!!'

Si Ayah Umur 77 Tahun MASIH BEKERJA… Anak Anak Pula… (Sediakan Tisu Sebelum Baca) !!! | Kisah ini adalah kisah benar yang menjadi realiti bagi sebahagian dari masyarakat kita…Semoga kita muhasabah diri dan berdoa agar jadi anak yang soleh solehah sehingga ke akhir hayat kita. InsyaAllah…

masa-tua-suram

Kurang sopan bila seorang anak bagitahu ayahnya macam ni:

"Kalau ayah nak duit, bagitahu saya lah ye"…(sambil bersalam)

Saya yang sedang berurut dengan ayahnya kerana tergeliat kaki diam sahaja mendengarnya sehinggalah ayahnya luahkan pada saya.

"Seorang anak, tak sepatutnya bertanya begitu kepada seorang ayah, dah dia tahu ayah dia ni hidup susah, hulur je lah. Malu pakcik nak minta dengan anak, anak beri..pakcik ambil. Kalau anak tak beri, pakcik diam. Malu nak meminta ni walaupun dengan anak".

Pakcik tu bagitahu anak dia alhamdulillah semua boleh dikatakan bergaji agak lumayan jugalah, yang bersalam dengan dia tu anak bongsu, gaji dah 7@8k sebulan dan isteri dia pun bekerja…cikgu.

Saja ajak dia berbual rancak sikit sebab saya dok menahan sakit kena urut baru-baru ni, jadi saya pun buat-buat tanya.."Berapa sebulan semua anak-anak pakcik bagi?"

Dia pun menjawab dengan jujur: " Malu sebenarnya pakcik nak cakap, kalau mereka bagi cukup..tak payahlah pakcik dok berurut orang lagi macam ni, sebab umur pun dah 77 tahun. Mereka bagi Rm50 seorang, dapatlah Rm150 sebulan."

Saya terdiam…xnak ulas apa-apa lagi. Cuma terfikirlah saya…kenapa berkira sangat dengan seorang ayah? Kalau seorang anak beri RM300, dah RM900, bolehlah seorang ayah tu berehat sikit di usia senja mereka.

Selalunya seorang anak yang berkira dengan ibu ayah, walau sebanyak mana rezeki yang mereka dapat…kebiasaannya mereka akan berasa tak pernah cukup dengan pendapatan mereka. Nafsu mereka menjadi makin besar….(Sebenarnya ujian dari Allah swt untuk anak-anak yang tiada kasihan belas kepada ibu ayah)

Berbuat baik dan berbaktilah dengan ibu ayah kalian sewaktu mereka masih ada, menyesal kemudian..dah tak berguna lagi. Sepatutnya kalian berbangga dengan ibu ayah yang susah, tapi berjaya juga menghantar kalian ke menara gading dan akhirnya kalian beroleh kerjaya yang hebat-hebat belaka. Berilah peluang untuk ibu ayah merasa hidup senang sikit. Mereka nak tinggalkan kalian tak lama dah.

sumber: GuaBlog.com[3]

LikeTweet

Inilah RESPON MENGEJUTKAN Seorang Pemandu Myvi Selepas DIHERDIK "Myvi TAK GUNA" !

'Inilah RESPON MENGEJUTKAN Seorang Pemandu Myvi Selepas DIHERDIK "Myvi TAK GUNA" !'

Inilah RESPON MENGEJUTKAN Seorang Pemandu Myvi Selepas DIHERDIK "Myvi TAK GUNA" !!! | Kemarahan rakyat Malaysia terhadap 6 Jahanam (Myvi FMC) masih belum reda dan seorang pengguna Myvi pula diserang dengan tohmahan negatif orang awam.

myvi

Bahana 6 jahanam itu kini terpalit sama ke atas semua pengguna Myvi yang lain. Berikut antara respon MENGEJUTKAN oleh beberapa pemandu Myvi yang diherdik MYVI TAK GUNA oleh pengguna jalan lain… Mana tak terkejutnya, ingatkan depa kejar balik ke, baling steering lock ke.. Tapi balik rumah buat status Facebook hehe.. Familiar ?

Shahirah Azman, meluahkan rasa kecewanya di laman Facebook yang dilemparkan dengan tohmahan pengguna kenderaan lain sewaktu dia sedang memandu di jalan raya.

fb-status

"Tadi saya memandu pada kelajuan 60 kilometer/sejam, saya buka tingkap semata-mata untuk menjimatkan minyak. … tiba-tiba ada kereta Perdana di sebelah saya dan jerit "Myvi tak guna". Sekarang saya berfikir apa salah yang saya lakukan," luahnya yang dikongsikan bersama di laman Myvi Club Malaysia (MCM).

Nick Fadhlie Shah, yang juga pengguna Myvi menasihatkan masyarat agar tidak menyasar dan menyalahkan pengguna Myvi di atas kejadian yang menimpa pasangan suami isteri dan bayi mereka yang berusia 6 bulan itu.

"Saya tidak faham, kenapa kereta #Myvi diviralkan? Saya juga pengguna Myvi tetapi saya tetap patuhi undang-undang jalan raya. Malah saya amat takut melanggar peraturan. Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga sehinggakan ada (pengguna) yang sanggup edit (ubah suai) gambar menggunakan "emoticon" #Troll untuk perli pengguna Myvi. Kejadian yang berlaku di Lebuhraya #Duke sangat menyayat hati tetapi bukan kami pengguna Myvi yang harus disasarkan dan dipersalahkan," luahnya. KREDIT THEHYPEMEDIA.

sumber: Gua Blog[3]

LikeTweet

Kaum Hawa MESTI Baca.. Kenali Bahaya ANGIN RAHIM Yang Ramai Tak Tahu

'Kaum Hawa MESTI Baca.. Kenali Bahaya ANGIN RAHIM Yang Ramai Tak Tahu'

Kaum Hawa MESTI Baca.. Kenali Bahaya KENTUT RAHIM Yang Ramai Tak Tahu !! | Dah nama kentut…mesti berkait rapat dengan ANGIN. Dari mana datangnya angin? Kenapa keluar ikut faraj dan bukannya dubur? Kerana….

hijabgambar hiasan

Angin ini datangnya dari rahim.

Sy pilih aturcara LANGGAR PANTANG yg paling common pada ibu sehingga membuatkan mereka mengalami masalah kentut faraj selepas habis tempoh berpantang.

1. Minum banyak air kosong utk tambah susu katanya. Sedangkan banyak resepi air herba yg boleh bantu tambahkan susu dalam masa yg sama elakkan urat ibu masuk angin;

2. Bersejuk. Kipas angin ditala kemuka. Kipas siling buka sampai lima. Tambah lagi air cond sampai beku kaki tangan. Alasan? Takut anak panas. Kelakar. Sebab apa? Sbb air ketuban dalam perut pun lebih kuran 36.7°C. Celah mana korang cakap bayi tak tahan panas?

3. Langgar pantang makan benda berangin…pun atas alasan nk tambah susu. Lobak putih, air sengkuang, bayam, soya boleh digantikan dengan jus pegaga, kurma merah, halba, dan pemakanan sunnah yg diamalkan secara istiqamah seperti susu kambing, habatus sauda, madu dsb dn sy banyak feedback cakap ia benar2 membantu menambahkan susu.

4. Tidak amalkan pemakanan herba yg membantu menyihatkan urat rahim. Kuno, pahit, busuk antara alasan ubat herba digantikan dengan jus dan tablet2 vitamin. Bg sy baik amalkan kedua2nya kerana urat di dalam badan akan lebih sihat dengan pemakanan herba, dimana dengan gabungan multivitamin dan jus2 ini, ia membantu memperelokkan keadaan kesihatan organ badan dan darah. Darah perlukan urat utk bergerak dalam badan. Organ badan perlukan darah utk "bernafas".

Sayangnya…pemulihan urat tidak dijaga menyebabkan tiada win2 situation dalam badan antara organ badan, darah n urat ini.

5. Menggunakan rahim sebelum sembuh sepenuhnya. Urat2 yg sakit ini sangat2 memerlukan rehat akan tetapi ditekan dengan pelbagai aktiviti yg semakin membuatkan otot dan urat rahim tenat dan kendur. Ibu2 yg berjimak dalam tempoh 44 hari berpantang, yg rajin berjalan dan berdiri, mengangkat henda berat dan membuat kerja2 rumah yg extreme sebenarnya mengundang celaka pada badan sendiri.

Ok….sy dh susunkn perkara2 yg menyebabkan berlakunya kentut faraj. Ttp sy belum menerangkan apa yg berlaku sebenarnya sehingga terjadinya kentut faraj.

Urat2 rahim yg sudah dimasuki angin dan tidak dijaga ini akan menyebabkan faraj tidak sihat.

Apabila wanita kentut faraj, maksudnya farajnya longgar. Bila bersama suami, dah x grip. Masa baru kawin macam lubang kunci. Lepas bersalin macam lubang jamban. Longgar dan berair.

Apabila wanita kentut faraj, maksudnya urat faraj dah tak sihat macam dulu. So mulalah masalah kedinginan. Suami buat apapun, si isteri macam takde nafsu. Siap sound "cepat2lah sikit habisnya bang. Sy dh x larat dh ni"

Apabila wanita kentut faraj, rahimnya dah tak sihat. Keputihan mula melanda. Ada yg berbau ada yg berwarna. Masa tu suami nk dekat pun mula rasa loya.

Itulah dia apa dan mengapa berlakunya kentut faraj. Sy tak perlu kata lebih2. Kena ingat ya….yg keluar dari faraj kalian adalah bayi ye…bukan guli….

Mungkin dari luaran lepas dijahit boleh nampak cantik. Tp tak akan mampu kali tipu bila ada yg meleleh keluar dari rahim, atau ketika bersama suami mula rasa longgar, atau ketika faraj sudah mula keluar angin pus-pus.

Masa baru kawin pun sanggup tahan kentut. Baru anak pertama, siap kentut depan lagi bila bersama suami. Ttp masalahnya…kentut ni jenis tak leh tahan. So tahan je lah malu tu ye.

Jgn ambil mudah. Ini maruah kita. KREDIT NUDARA.

sumber: GuaBlog.com[3]

LikeTweet

Inilah 12 DOSA Presiden Mursi Sehingga DIHUKUM MATI Yang WAJIB Malaysian Tahu !!!

'Inilah 12 DOSA Presiden Mursi Sehingga DIHUKUM MATI Yang WAJIB Malaysian Tahu !!!'

Inilah 12 DOSA Presiden Mursi Sehingga DIHUKUM MATI Yang WAJIB Malaysian Tahu !!! | Inilah 'Dosa' Mursi Terhadap Rakyat Mesir Hingga Dia Digulingkan | Allahu Akhbar. Sangat tersentuh Dr Fuh baca satu artikel yang dikongsikan daripada seorang mahasiswa Mesir yang telah lama menuntut ilmu disana. Dr Fuh jumpa artikel ini dari laman sisibukit. Jom baca 12 'dosa' Presiden Mursi terhadap rakyatnya sehinggakan beliau diguling oleh tentera Mesir.

Mohamed-Morsi-dead

Inilah 'Dosa' Mursi Terhadap Rakyat Mesir

1. 'Dosa' Presiden Mursi adalah karena mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan pndapatan sebanyak 5.6 juta dollar pertahun, akan meningkat 100 juta dollar pertahun.

2. 'Dosa' Presiden Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pencen sebanyak 200 % lebih, sementara harga-harga barang tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

3. 'Dosa' Presiden Mursi adalah membangun kilang samsung terbesar di Arab di provinsi Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

4. 'Dosa' Presiden Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata terpakai dari Amerika.

5. 'Dosa' Presiden Mursi adalah membuat kilang innar (sejenis tablet/ipad), untuk seluruh rakyat agar dapat memakai barang elektronik bermutu dengan harga berpatutan.

6. 'Dosa' Presiden Mursi paling besar adalah dia selalu sholat berjamaah di masjid, hafal al Qur'an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki org padanya.

7. 'Dosa' Presiden Mursi adalah kerana berusaha membina tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Mesir.

8. 'Dosa' Presiden Mursi adalah karena ia mampu menarik pelabur asing dan mendapat kepercayaan pelabur asing di Mesir.

9. 'Dosa' Presiden Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua negara akan meningkat.

10. 'Dosa' Presiden Mursi adalah krana mampu membuka peluang kerja baru untuk 600 ribu lebih orang penganggur.

11. 'Dosa' Presiden Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa keluar ke luar negara oleh Husni Mubarak dan kroni2nya.

12. 'Dosa' Presiden Mursi adalah menegakkan keadilan dan berusaha menghapuskan penipuan

UPDATE TERKINI MURSI DIHUKUM MATI OLEH KERAJAAN MESIR.

Mahkamah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas presiden, Mohammed Morsi selepas didapati bersalah melarikan diri dari penjara Wadi al-Natrun dan membunuh anggota keselamatan ketika kebangkitan revolusi rakyat pada 2011.

Selain beliau, seramai 105 ahli Ikhwanul Muslimin lagi turut dijatuhi hukuman mati atas kesalahan sama.

Bagaimanapun, hukuman tersebut perlu dirujuk dan perlu mendapat kelulusan mufti besar Mesir sejajar dengan undang-undang negara itu.

Mahkamah akan mengumumkan keputusan muktamad pada 2 Jun ini. KREDIT SINAR HARIAN.

sumber: GuaBlog.com[3]

LikeTweet

Ahad, 3 Mei 2015

Syukur, Bantu Adik Rayyan Penuhi Impian Naik BMW

'Syukur, Bantu Adik Rayyan Penuhi Impian Naik BMW'

Pada Rabu lepas saya membuat liputan program Kelab Mthusiast BMW Club meraikan keinginan adik Muhammad Rayyan Azhar yang ingin menaiki kereta jenis BMW yang mewah tu.

Adik Rayyan berumur 5 tahun dan sejak September lepas dia dikatakan menghidap kanser otot dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi.

Menurut ibunya, Hasni Hasan, penyakit itu menyebabkan ototnya membesar sehingga menghimpit pundi kencingnya sehingga Rayyan sukar nak berjalan.

Si kecil itu bagaimanapun, mengimpikan untuk dapat naik dan bersiar-siar di dalam sebuah kereta BMW dan lebih 120 buah kereta hadir di Shah Alam memenuhi impiannya.

Deretan kereta BMW dari Kelab BMW Mthusiast hadir untuk memenuhi impiannya. - Foto IBNUKHUSAIRY.COM

Deretan kereta BMW dari Kelab BMW Mthusiast hadir untuk memenuhi impiannya. – Foto IBNUKHUSAIRY.COM

Kesemua kereta pada mulanya berkumpul di Stesen Petronas di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang sebelum empat buah kereta BMW termasuk milik Presiden Mthusiast Mohd Niezam Ismail bergerak ke rumah Rayyan di Padang Jawa untuk menjemputnya menaiki BMW.

Di rumahnya, kumpulan kereta BMW mengejutkan penduduk setempat kerana ngauman enjin yang kuat serta rupa kereta berkenaan yang mewah memasuki kawasan perumahan berkenaan yang agak sempit.

Rombongan kereta BMW disambut oleh Rayyan dan bapanya Azhar Ahmad dan keluarganya.

Adik Rayyan didukung bapanya diberi peluang memilih kereta untuk dinaiki. Artis Tauke, Raja Lawak turut hadir bersama pada malam itu. - Foto IBNUKHUSAIRY.COM

Adik Rayyan didukung bapanya diberi peluang memilih kereta untuk dinaiki. Artis Tauke, Raja Lawak turut hadir bersama pada malam itu. – Foto IBNUKHUSAIRY.COM

Artis pelawak Tauke dari kumpulan Virus dalam Maharaja Lawak Mega 2014 turut memeriahkan suasana pada malam itu tambahan pula dia turut memiliki sebuah kereta BMW.

Rayyan diberi peluang memilih sendiri kereta BMW kesukannya dan dia memilih sebuah kereta BMW berwarna putih yang dinaikinya bersama ayah, ibu dan adik beradiknya malam itu.

Adik Rayyan kemudian dibawa bersiar sekitar kawasan Shah Alam sebelum kemudiannya disertai lebih 120 buah kereta jenama BMW yang pada mulanya berkumpul di Petronas tadi. Mereka kemudiannya membawa adik Rayyan ke KFC di Extreme Park, Shah Alam untuk meraikan malam itu.

Di KFC, kelab Mthusiast turut meraikan hari lahir Rayyan yang sepatutnya jatuh pada esok hari tetapi diraikan lebih awal. Dia dihadiahkan sebuah kereta permainan kawalan jauh BMW oleh kelab.

Menurut Mohd Niezam, pada awalnya pihak kelab mensasarkan hanya sekitar 70 buah kereta yang memberikan sokongan pada program itu tetapi nyata lebih ramai mahu meraikan adik Rayyan dan lebih 120 buah kereta keluar pada malam itu.

Tauke, dari kumpulan Virus posing macho di hadapan kereta BMW miliknya. - Foto IBNUKHUSAIRY.COM

Tauke, dari kumpulan Virus posing macho di hadapan kereta BMW miliknya. – Foto IBNUKHUSAIRY.COM

Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana dapat bersama-sama kelab BMW untuk meraikan dan memenuhi impian adik Rayyan yang begitu gembira dan berseronok pada malam itu. – IBNUKHUSAIRY.COM


ENTRI DITERBITKAN PADA by Ibnu K[2] Dalam CERITA IBNU K[3][1]


Komen di Facebook:

References

  1. ^ 7:15 PM (www.ibnukhusairy.com)
  2. ^ View all posts by Ibnu K (www.ibnukhusairy.com)
  3. ^ CERITA IBNU K (www.ibnukhusairy.com)
LikeTweet

Harap PDRM Bertindak Ke Atas Individu Yang Malukan Zamani Slam

'Harap PDRM Bertindak Ke Atas Individu Yang Malukan Zamani Slam'

ZamaniSlam_1

Hari ini rupanya kecoh cerita bekas penyanyi kumpulan Slam, Zamani yang ditahan tetapi disuruh pula menyanyi lagu popular Gerimis Mengundang dalam keadaan tangan bergari. Individu itu lagi best, rakam pulak video dan upload ke media sosial Facebook.

Saya yang juga merupakan seorang peminat Zamani ketika zaman kegemilangan Slam dulu memang tak puas hati dan rasa marah kerana sanggup memperlakukan Zamani sebegitu rupa.

Kita tolak tepi lah kes penyalahgunaan dadah yang dilakukan olehnya kerana itu adalah pilihannya sendiri, tetapi sebagai individu yang bertugas dalam pasukan keselamatan awam negara, macam manalah boleh tergamak buat tindakan sebegitu rupa.

Mungkin dalam diri dia terlalu ingin sangat jadi orang pertama yang memuatnaik video eksklusif nyanyian lunak Zamani dalam keadaan ketika ditahan.


Post[1] by Anak Jati Paroi[2].

Peminat Zamani yang lain-lain hari ini pun melenting dengan tindakan berkenaan yang disifatkan sebagai membuli, menghina dan juga mengaibkan Zamani yang pastinya juga seorang manusia biasa.

Zamani yang tinggal di Taman Keramat, pada tengah malam semalam telah ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang bersama seorang wanita dan khabarnya mereka positif dadah. Zamani positif Morfin manakala wanita itu positif AMP.

Apapun, saya mengucap terima kasih kepada Ketua Polis Negara IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memberi maklumbalas segera dan membuat komitmen akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas ke atas pelaku keji ini.

Jika individu itu merupakan seorang anggota polis, eloklah diambil tindakan yang sewajarnya supaya dia tidak akan mengulangi perbuatannya kepada mana-mana suspek juga selepas ini.

Kita tunggu sahaja tindakan pihak polis selepas ini terhadap orang yang bertanggungjawab memalukan Zamani ketika ditahan.

Selain itu, kita berharap Zamani sendiri akan diberikan penghakiman yang adil dalam kesnya dalam masa yang sama, mungkin berubah menjadi yang lebih baik dan tidak lagi mengambil najis dadah.

Sebenarnya saya sebak apabila mendengar lagu nyayiannya ketika dalam Slam yang banyak dimuatnaik di laman Youtube kerana lagi banyak didengar, lagi banyak maksud tersirat dapat diketahui perihal Zamani sendiri. – IBNUKHUSAIRY.COM

Nyanyian Zamani Dan Mawi – Tidak Mungkin Berpaling



ENTRI DITERBITKAN PADA by ibnukhusairy[6] Dalam BERITA[7][5]


Komen di Facebook:

References

  1. ^ Post (www.facebook.com)
  2. ^ Anak Jati Paroi (www.facebook.com)
  3. ^ @PDRMsia (twitter.com)
  4. ^ January 22, 2015 (twitter.com)
  5. ^ 12:48 PM (www.ibnukhusairy.com)
  6. ^ View all posts by ibnukhusairy (www.ibnukhusairy.com)
  7. ^ BERITA (www.ibnukhusairy.com)
LikeTweet

Captain Steamboat Di Meru Klang, Puas Tak Terkira Makan Di Sini

'Captain Steamboat Di Meru Klang, Puas Tak Terkira Makan Di Sini'

CaptainSteamboat_1

Saya tahu ramai di antara kita yang meminati makanan berupa Steamboat kan? Jenis yang duduk di meja bulat dengan periuk siap dengan api terpasang memasak sendiri lauk-pauk untuk steamboat di dalam kuah sup ataupun kuah steamboat yang sedap.

Oleh itu, anda harus mencuba pergi ke Meru, Klang berhampiran Jalan Kopi untuk mencuba Captain Steamboat yang memang marvellous.

Harganya juga tidaklah mahal, bagi dewasa RM21.90, warga emas melebihi umur 60 tahun RM13.90, kanak-kanak (sekolah rendah) RM9.90 dan kanak-kanak belum bersekolah dan istimewa boleh makan PERCUMA sahaja.

Perniagaan Captain Steamboat bermula seawal pukul 6 petang dan ditutup pada pukul 12 tengah malam.

Di sini, anda ada dua pilihan kuah untuk dinikmati iaitu sup dan Tom Yam. Saya sudah pun menikmati kuah Tom Yamnya yang memang lazat. Berbeza dengan steamboat biasa, di sini anda boleh memasak barbeque sekali di atas ruang membakar atau grill yang disediakan bersama-sama dengan periuk steamboat berkenaan.

Pelbagai bahan untuk dimasak antaranya kambing, daging dan ayam yang sudah diperap ala barbeque dan juga Black Pepper (lada hitam) boleh diambil tanpa had (asalkan jangan membazir) untuk dipanggang dan dimakan.

Ruang buffet untuk para pelanggan mengambil makanan di Captain Steamboat yang memang sesak pada hujung minggu.

Ruang buffet untuk para pelanggan mengambil makanan di Captain Steamboat yang memang sesak pada hujung minggu.

Selain daging, ayam dan kambing, anda juga boleh panggang udang dan sotong. Bagi steamboat, bahan-bahan untuk dimasak seperti kita menikmati Yong Tau Fu yang dibeli di pasar malam juga disediakan. Ada juga Nasi Lemak, Bubur Kacang dan Sup Kambing jika ada yang ingin menikmati citarasa berbeza.

Menurut petugas-petugas di Captain Steamboat, anda perlu membuat tempahan seawal dua hari jika mahu menikmati hidangan di sana pada hujung minggu Sabtu dan Ahad kerana biasanya mereka full house. Jika anda hendakkan ketenangan, eloklah anda pergi ke sana pada hari-hari kerja selepas waktu pejabat bersama anak-anak.

Udang yang dipanggang di ruang grill dan juga kuah Tom Yam antara pilihan di Captain Steamboat

Udang yang dipanggang di ruang grill dan juga kuah Tom Yam antara pilihan di Captain Steamboat

Bagi air minuman pula, Captain Steamboat menyediakan pilihan air Sarsi, Soya, Sirap dan air kosong. Turut dihidangkan ialah Kopi dan Teh. Boleh dikatakan, lengkap hidangan bagi peminat Steamboat di Captain Steamboat ini cuma apabila orang yang datang terlalu ramai, laluan antara ruang buffet dan meja makan anda akan menjadi sibuk sehingga tiada ruang untuk bergerak dengan lancar, maklumlah semua pun lapar kan.

Ruangan hidangan air minuman di Captain Steamboat

Ruangan hidangan air minuman di Captain Steamboat

Kemudahan surau turut disediakan jika anda datang awal untuk mendapatkan tempat dan kemudian boleh menunaikan Solat Fardhu Maghrib di surau yang selesa.

Bagi anak-anak kecil, turut disediakan ruang permainan tetapi jika terlalu ramai ia agak sempit dan berbahaya untuk anak anda bermain, jadi eloklah perhatikan mereka yang bermain di dalam ruangan itu bimbang jika ada yang tercedera.

Saya memang melihat untuk pergi sekali lagi ke Captain Steamboat di Klang itu kerana pengalaman pertama saya masih belum puas disebabkan orang terlalu ramai. Bagi yang tidak reti memandu ke Klang, gunalah aplikasi Waze dan hanya taip Captain Steamboat di ruangan Navigate, In Sha Allah akan berjumpa.

Ruang permainan kanak-kanak.

Ruang permainan kanak-kanak.

Untuk tempahan anda boleh menghubungi 019-235 4796, baik call dulu takut nanti tak dapat tempat duduk pulak. – IKA


ENTRI DITERBITKAN PADA by ibnukhusairy[2] Dalam JALAN-JALAN ALAS PERUT[3][1]


Komen di Facebook:

References

  1. ^ 2:09 PM (www.ibnukhusairy.com)
  2. ^ View all posts by ibnukhusairy (www.ibnukhusairy.com)
  3. ^ JALAN-JALAN ALAS PERUT (www.ibnukhusairy.com)
LikeTweet